~ : { W E B U C A T I O N } : ~ - - Fotopages.com
~ : : MY VISION : : ~
~::TAKLIMAT USAHAWAN WEBUCATION::~
~:: KERATAN AKHBAR ::~
Oleh MOHAMAD HUSSIN
mohamad@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Seramai 285 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menyertai Konvensyen dan Karnival Keusahawanan Siswa IPTA Peringkat Nasional (Karniawan ‘07) sebagai persediaan awal memasuki dunia perniagaan selepas tamat pengajian.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Khamsiyah Yeop, berkata pihaknya memperuntukkan RM20 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi usaha penambahbaikan pelaksanaan program Keusahawanan Siswa di semua IPTA seluruh negara.
“Mengikut program ini, pelajar IPTA diberi pendedahan dan pengetahuan keusahawanan melalui perkongsian pengalaman dengan usahawan yang berjaya, penyediaan rancangan perniagaan, sangkut kerja industri dengan syarikat dan juga aktiviti menjalankan perniagaan di kawasan kampus serta di luar kampus universiti.
“Program berkenaan dimulakan sejak 1989 dan dalam RMK-8, seramai 31,484 pelajar IPTA menyertai program ini. Kita menganggarkan 38,800 pelajar berpeluang mengikuti selepas ini,” katanya ketika berucap merasmikan Karniawan ‘07 di Universiti Malaya (UM), di sini, semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Usahawan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), Mohd Che Hashim.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UM, Prof Madya Dr Azarae Idris; Pengerusi Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti-Universiti (Makmum), Prof Madya Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid; Pengarah Institut Keusahawanan Negara, Kamariah Yeop Abdullah dan Pengarah Karniawan ‘07, Wan Mohd Hasif Wan Muhamat Ali.
Program Karniawan ‘07 berlangsung selama tiga hari mulai semalam adalah anjuran UM dengan kerjasama MECD dan Makmum diadakan di tiga lokasi iaitu di Auditorium kompleks Perdana Siswa UM, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan UM dan Exhibition Hall 3, Mid Valley City.
Mohd Che Hashim berkata, antara matlamat program berkenaan ialah mewujudkan platform yang mampu memberi manfaat kepada mahasiswa universiti dan kolej universiti mengenai kepentingan bidang keusahawanan dalam melahirkan modal insan terbilang.
“MECD menyalurkan peruntukan sebanyak RM4.5 juta kepada 15 IPTA bagi membina Kompleks Pelajar, dengan jumlah 10 lot perniagaan setiap satu kompleks.